Friday, February 19, 2016

KISAH RASULULLAH DAN BIAWAK

Kisah kesaksian seekor biawak padang pasir terhadap Baginda ﷺ.

Kisah ini ada tercatat Di dalam kitab Dalail an Nubuwwah karangan al Imam Baihaqi.

Ianya Diriwayatkan oleh sayidina ‘Abdullah ibn Umar radhiyallahu'anhu daripada ayahnya, Sayyidina Umar al-Khattab.

“Suatu hari, Rasulullah ﷺ sedang berjalan bersama para sahabatnya, kemudian datang seorang Arab badwi daripada Bani Sulaim yang bersamanya seekor biawak padang pasir diletakkan di lengan bajunya yang telah diburunya dan bercadang untuk dibakar dan dimakan.

*orang arab kain lengannya besar.

Sambungnya, Apabila si Badwi tadi terlihat terdapatnya satu jamaah, dia pun bertanya, “Siapakah ini?”.

Orang disekitarnya pun menjawab, “Itulah dia Nabi Muhammad ﷺ ”.

Maka orang Arab badwi tadi pun meluru ke arah Rasulillah ﷺ, sambil menolak-nolak manusia disekelilingnya lalu berkata,

“Demi tuhan Laata dan ‘Uzza(berhala arab jahiliyyah)! tidak ada orang yang dilahirkan oleh wanita lebih aku benci dan murkai daripadamu. Sekiranya bukan kerana kaumku memanggilku dengan tergesa-gesa, nescaya aku telah datang dan membunuhmu. Maka aku akan membahagiakan kepada orang berkulit hitam, merah, putih dan lain-lainnya”.

Mendengar ucapan Arab badwi yang mencela Baginda ﷺ, lalu ianya dilihat Sayyidina Umar, dan membuatkan Sayyidina Umar  marah lalu berkata Sayyidina Umar,

“Wahai Rasulullah! Biarkan sahaja aku untuk bangun dan membunuhnya”.

Baginda ﷺ pun bersabda, “Wahai Umar! Apakah engkau mengetahui bahawa berlemah-lembut itu adalah hampir sahaja menjadikan seseorang itu Nabi?”.

Baginda ﷺ pun menerima kedatangan Arab badwi yang tidak beradab itu lalu bertanya,

 “Apakah yang membuatkan kamu berkata bahawa apa yang telah aku bawakan adalah bukanlah yang haq? Kamu juga tidak memuliakan aku di dalam majlisku”.

Arab badwi itu pun berkata dengan angkuh tanpa menghiraukan ucapan Baginda, “Kamu harus bercakap kepadaku juga!”. “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! Tidak akan aku beriman kepadamu melainkan setelah biawak ini beriman kepadamu”.

Maka si Badwi pun mengeluarkan biawak padang pasir tersebut dari sisipan lengannya dan melontarkannya ke hadapan Rasulillah ﷺ .

Baginda ﷺ pun memanggil biawak tersebut.
Biawak tersebut pun menjawab seruan Baginda ﷺ dengan bahasa Arab yang Fasih yang didengari oleh kesemua kaum disitu, “Aku menyahut seruanmu dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari kiamat”.

Baginda ﷺ pun bertanya, “Kepada siapakah kamu sembah?”.

Jawab biawak tersebut, “Aku menyembah Tuhan yang mana di langit itu ‘ArasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, di lautan itulah jalanNya, di Syurga itu rahmatNya, dan di Neraka itu seksaanNya”.

Baginda ﷺ pun bertanya lagi, “Dan siapakah aku?”.

Jawab biawak tersebut, “Engkau adalah pesuruh Tuhan sekalian ‘alam, dan penyudah bagi sekalian Nabi, dan sesungguhnya berbahagialah orang yang membenarkanmu dan rugilah sesiapa yang menolakmu”.

Mendengar jawapan biawak tersebut, orang Arab badwi tersebut pun berkata, “Demi Allah! Sesunguhnya aku telah datang kepadamu tadi dengan perasaan yang penuh kemarahan, dan sekarang kamulah orang yang paling aku cintai lebih daripada ibu bapaku, dan lebih daripada harta bendaku dan diriku. Bahkan aku mencintaimu dari dalam dan luar jiwaku, dan dari hatiku hinggalah zahirku”.

Setelah itu, beliaupun melafazkan keIslamannya di hadapan Baginda ﷺ

 “Tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah pesuruh Allah”

Lihatlah betapa tingginya kemuliaan Baginda ﷺ , sehinggakan haiwan yang tidak berakal bahkan tidak mampu bersuara, dimuliakan Allah ﷻ dengan kebolehan haiwan tersebut berkata-kata dan mengakui keRasulan Baginda ﷺ .

Amatlah rugi bagi sesiapa yang mendustai ketinggian darjat Baginda ﷺ yang mengatasi segala makhluq, amatlah rugi bagi sesiapa yang terhijab daripada memandang kesempurnaan Baginda ﷺ  ..
Yuk Perbanyakkan Selawat ke Atas Nabi Agung Sayyidina Muhammad ﷺ .. ❤️

Saturday, February 13, 2016

KOLAM SIMPLE UNTUK KURA-KURA

Dulu kalau kita beli anak kura-kura kat kedai tu, saiz dia macam duit syiling lima posen je. Cenonet je budak tu. Biasanya kita akan simpan dalam akurium plastik yang boleh dibawa ke mana-mana tu.


Tapi bila dia sudah membesar, bekas yang ada pun sudah tak muat. Waktu itulah yang biasanya orang akan lepaskan dia ke parit.

Untuk aku, aku cuma menyediakan bekas yang simple saja untuk kura-kura aku berendam dan berjemur. Iaitu dengan menggunakan besen besar dan tunggul kayu di dalamnya. 





Simple aje kan? Orang miskin macam aku, mampu buat macam tu ajelah. Dalam bekas air dia pun aku ada jugak letak anak-anak ikan. Diorang pi menyorok bawah tunggul kayu. Saje buat perhiasan. Kadang-kadang ajelah terkorban jadi makanan sebab kura-kura aku ni tak berapa suka sangat makan ikan.

Lagi satu, aku dah bela kura-kura aku ni semenjak tahun 1996 sampai sekarang 2016.. Haa, berapa tahun tu? 21 tahun dah aku bela dia.

Cuma yang sedihnya, betina dia terlebih dahulu menjadi arwah. Tinggallah dia ni menduda seorang diri.

Contoh kolam kura-kura buatan yang lain:

Image result for anak kura-kura red eared slider