Tuesday, December 15, 2015

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL


1. Cockateil umumnya salah satu daripada keluarga burung kakak tua yang paling lunak suaranya. Sebaik saja cockateil jinak, mereka biasanya akan kekal jinak walaupun mempunyai rakan cockateil yang lain.

2. Cockateil adalah burung yang bijak, bersosial dan pandai berkawan. Kalau didekati dengan cara yang lembut, bukan gaya ancaman, tak aggresif, cockateil boleh jadi kawan.
Cockateil akan curi perhatian orang dengan panjat sangkar, berbunyi, menyanyi, bukak kepak, lari sana sini dan kalau diabaikan, dia akan menjerit.

3.Jangka hayat cockateil antara 15- 20 tahun.

4. Cockateil boleh jadi penghibur yang baik bila mereka makan, mandi, menggaru-garu dan bermain permainan. Sesetengah cockateil boleh dilatih untuk belajar trick yang mudah.

5. Cockateil perlukan simulasi mental daripada penjaga ataupun persekitaran. Cockateil yang kebosanan atau yang tak gembira akan menggigit dan mencabut bulu mereka sendiri.  Burung yang berterusan dikurung akan kesepian dan tertekan. Jadi penting untuk sangkar cockateil disediakan pelbagai mainan untuk mereka.

6. Rasa ingin tahu cockateil tinggi. Dan mereka suka explore. Jadi mereka akan kunyah kertas, baju, kayu, getah,besi atau apa saja yang menarik perhatian diorang.

7. Menggigit adalah tabiat semulajadi mereka dan mereka perlu diperhatikan supaya tak menggigit benda yang boleh membunuh mereka.

8. Cockateil takutkan bunyi yang kuat dan bising atau pergerakan yang dirasakan mengancam. Burung yang ketakutan akan menjerit, menggigit, atau sembunyi. Cockateil juga takutkan malam sebab diorang akan jadi buta. Berikan sedikit cahaya supaya cockateil tak berasa gabra.

9. Cockateil boleh tertekan kalau persekitarannya selalu je bertukar. Burung yang tertekan boleh jatuh sakit.

10. Cockateil betina boleh bertelur walaupun tanpa jantan, tapi itu telur kosong dan ia mungkin boleh mengancam nyawanya juga.

No comments: