Tuesday, January 14, 2014

KAMI SAYANG NABI KAMI

Assalamualaikum w.b.t.

Maulidurrasul tiba lagi.
12 Rabiul Awwal, Hari Kebesaran buat umat Islam.
Mana tidaknya, pada tarikh ini, lahirnya seorang Rasul yang terakhir,
Membawa rahmat kesekian alam, demi panji-panji Islam yang tercinta,
Dialah, Rasul Yang Mulia, kekasih yang amat dicintai ALLAH..

MUHAMMAD SALLALLAHU A'LAIHI WASALLAM

*****

Sebenarnya ada perbezaan pendapat mengenai tarikh kelahiran Rasulullah.. Tetapi yang pasti Rasulullah lahir pada hari Isnin, dan Rasulullah sudah pun lahir.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah.. Bukannya menghabiskan banyak masa berbahas sehingga terlupa keutaamaan.

Sambutan Maulidurrasul?
Isu yang tidak pernah padam, saban tahun pak cik Wahab akan membangkitkan isu yang sama, memomokkan masyarakat awam dengan bidaah, suatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi. Malah tergamak menjatuh hukumkan neraka dan kafir hanya kerana disebabkan perkara-perkara cabang.

Biarkan..
Bukan aku untuk membahas perkara ini jauh entah ke mana, berdebat dan membuang masa.

Ingat tak masa peristiwa hijrah? Kedatangan Rasulallah telah disambut dengan meriah dengan dendangan qasidah tholaal badru a'laina? Pernah Rasulullah suruh orang-orang Madinah berqasidah? Pernah jugak Rasulullah melarang mereka? Tak kan.

Ok lupakan itu buat sementara waktu.

Hari ini hari untuk bergembira,
Hari kelahiran insan mulia..

Sedang Abu Lahab diringankan seksa kerana bergembira menyambut kelahiran seorang bayi kecil bernama Muhammad, takkan kita ni orang Islam, umat Nabi Muhammad yang bergembira atas sebab kelahiran Kekasih ALLAH tidak layak untuk mendapat kasih sayang daripada ALLAH?

Kami ini orang-orang yang kelaparan cinta Nabi, kami sambut kerana kami cinta.. Kami takut di padang Mahsyar kami menjadi orang yang sengsara kerana itu kami muliakan Nabi sepanjang hayat kami..

Kalau kamu sudah kenyang, itu terpulang kepada kamu.. jangan halang kami yang masih kelaparan..

Apa kami peduli... Asal kami tahu, kami jujur mencintai Rasulallah sallallahu a'laihi wasallam..

Semoga dipandangnya kami kerana menyebarkan kasih cinta seorang Nabi.. InsyaAllah, wallahua'lam :)

JOM PI NGAJI, TAK NGAJI CEROIIII