Sunday, August 12, 2012

LAW KANA BAINANA



Andai Rasulullah masih ada bersama kami : لو كان بيننا الحبيب
Pasti yang jauh dan dekat akan datang kepadanya : لدينا القاصى والقريب
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum ianya berakhir : من طيبة قبل المغيب
Dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah : طالبا قرب الحبيب
Kerana mendampinginya jiwa menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan doa akan diperkenankan oleh Allah : فتدع الله يجيب
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna : انوار طاح لا تغيب
Wahai Tuhan, makbulkanlah hajat kami untuk bertemu dengannya : بلغنا لقاه يا مجيب

HidayahMu ibarat alam yang terbentang luas
Sebagai kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Bicaramu bagaikan sungai yang jernih
Berdamping denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah 

Ku tebuskan diriku dengan dirimu, wahai Rasulullah : فدتك روحي يا حبيب
Wahai Muhammad yang memuliakan segala makhluk : محمد مكرم الغريب
Berada disisimu jiwa menjadi tenang: بقربك الروح تطيب
Wahai pembawa rahmat kepada sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Saturday, August 4, 2012




Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah saw buat ikutan kita sebagai ummatnya.Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.Insyaallah.

Amalan: 
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Puasa: 
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)


Tahajjud: 
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)


Pakaian: 
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.


Bertemu: 
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)

Sujud syukur: 
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring: 
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan: 
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk: 
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa: 
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar: 
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani: 
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta: 
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah: 
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak: 
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku: 
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Friday, August 3, 2012

WAHAI KEKASIHKU

Tersentuh..
Benar-benar tersentuh..

Wahai Rasulullah,kekasih hati kami..

Hati hamba-hamba yang beriman,setiap saat dan waktu akan merindui Baginda Rasulullah SAW.Rindu yang penuh sarat.

Hati hamba yang amat cintakan Baginda Rasulullah SAW,setiap apa yang dia lakukan akan difokuskan kepada TAQWA.Sentiasa terdetik di hati,adakah amalan yang dia lakukan ini ALLAH dan RASUL cintai?

Hati insan yang benar-benar cintakan Allah dan Rasulullah..setiap kali bangun pada pagi hari,mindanya akan terus terfikir apakah yang akan dia lakukan pada hari ini untuk kemaslahatan ummah?Sebaliknya insan yang biasa-biasa hanya memikirkan perkara-perkara yang hanya menguntungkan diri sendiri..

Hati yang sarat dengan TAQWA,sentiasa sempit dada apabila mendengar lafaz ALLAH dan RASULULLAH SAW.Terlalu rindu dan cinta untuk berada di Syurga Firdaus,berada bersama-sama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Lantas jiwanya kental,mujahadahnya diteguhkan untuk menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar.Bukan mudah melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan yang sedikit.Golongan itu saban waktu menyampaikan dakwah Islam,mengajak manusia menjalankan amalan-amalan kebaikan dan menghalang kerja-kerja yang menjurus kepada kemungkaran dan mengundang murka Allah.Itulah perjuangan,sunnatullah yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang agama Allah.

Pada saat air mata gugur kerana menerima tekanan,cacian dan kejian daripada manusia kerana menegakkan agama Allah,jiwanya segar dan tenang apabila mengingati Baginda Rasulullah SAW,yang jauh dan jauh hebat ujian dan cabarannya untuk mendaulatkan Dinul Islam..

Ya Allah,persaksikanlah..Kami terlalu merindui Baginda Rasulullah SAW..Kami mengharapkan syafaat Baginda..Ampunilah dosa kami Ya Allah..