Thursday, December 29, 2011

CARA RASULULLAH BERNIAGA


1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” 

Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbnicang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.

Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.

“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

5. Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.

Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.

7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.

Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

P/S: Jom kite contohi cara Rasulullah berniaga agar kte semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat…InsyaAllah..

Saturday, November 5, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT



1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Friday, August 12, 2011

TANGISAN RASULULLAH MENGGONCANG ARASY


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

 "Ya Karim! Ya Karim!" 
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" 

Tuesday, February 15, 2011

Cinta Anda begitu Mendalam ? Buktikan Jika Benar

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Topik ari ni, cinta lagi.. tapi sebelum tu, bagi sesape yang beranggapan bahawa mereka akan menemui hal2 yang membicarakan tentang tips2 mengurat awek, bekas awek, cara merapatkan lagi hubungan percintaan pasangan kekasih, kenali pasangan anda dan macam2 lagi tu, sory to say lah, kami tidak menyediakan perkhidmatan seperti itu di sini ye.. harap maklum..

tapi,,
rilek dulu,
jangan nak terus blah meninggalkan page ni begitu saje..
da alang2 tersesat masuk ke mari, meh la bace sampai habes dulu..

InsyaAllah ada manfaat.. haha..
Alhamdulillah, hari ni 15 Februari 2011, bersamaan dengan 12 Rabiulawal, merupakan tarikh yang amat besar maknanya bagi seorang muslim..
yang mana, pada 12 Rabiulawal adalah hari di mana seorang manusia agung telah dilahirkan di dunia ini..
itulah, baginda Nabi Muhammad s.a.w.. 
kalau kita sedar la kan, hari ni rasa aman jer, damai menusuk kalbu, seolah2 alam turut meraikan hari kelahiran baginda ini.. haha..

so for those yang x ingat tarikh ni, bole ar letak kat reminder henset korang untuk tahun depan pulak, yelah, kalau besday awek bole ingat, xkan besday Nabi sendiri pun xleh ingat kot ? bro, ni Rasul lah, x rugi apa pun kalau kita ingat dan meraikan hari ini, Maulidur Rasul.. 
sedangkan kekasih, hadiah berbungkus siap dengan reben boleh korang bagi, at least kita sambut la jugak besday kekasih Allah ini.. kekasih Allah, kekasih kita juga.. xpe berkongsi kasih dengan Nabi.. pahala dapat lagi..



pada malam Maulidur Rasul iaitu semalam lah, ada 1 ceramah, yang memang best giler denga, dlam xsedar, air mata aku ada la jugak hampir menitis bila denga beberapa kisah yang disampaikan oleh ustadz tersebut, antaranya adalah apabila dikatakan bahawa Islam itu telah sempurna, para sahabat bergembira kecuali seorang iaitu saidina Abu Bakar, malah beliau berteriak pula di rumahnya setelah mendengar daripada Rasulullah bahawa Islam itu telah sempurna, maka para sahabat yang menyedari perkara tersebut bertanya kpd Abu Bakar, mengapa beliau bersedih sedangkan sahabat yang lain bergembira dengan sempurnanya agama Islam.. kemudian Abu Bakar berkata kepada sahabat yang lain, bahawa mereka tidak faham maksud sebenar " Islam telah sempurna ", lalu sahabat bertanya apa maksudnya, dan Abu Bakar menjelaskan bahawa apabila telah sempurnanya Islam, bermakna tiada lagi wahyu yang akan turun, dan itu adalah merupakan petanda bahawa mereka akan berpisah dengan Rasulullah. ( wafat ).. sebaik mendengar perkara tersebut, para sahabat yang lain juga turut sama menangis dengan sebenar2 esakan..
huhu,  gitu la citer dia..

betapa kasihnya sahabat akan Rasulullah, kita bagaimana pula ?
dalam sehari berapa kali kita ingat baginda ?
selawat ? ade ke x kita selawat ?
pakwe, makwe korng, dalam sehari brape byk sms korang send kat dia ?
beb, korang ingat kat awek x dpt pekdah pa pun.
meh gitaw kat aq kelebihan2 rindu kat awek ni ?
xde kan ?

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda
- (HR Muslim.)

hmm, da citer sal selawat ni, tetibe nak gtaw beberapa kelebihan selawat lak..meg baca lagi..

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.


11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.


24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.


25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya
- HR Abu Naim.


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani

niat ikhlas kerana Allah lah, orang yg berselawat ni akan mendapat syafaat pada hari kiamat nanti..
bole pakwe/ makwe korang bagi syafaat ?

kalau bole kita bukan setakat berselawat saje, malah kita cuba contohi Rasulullah, x rugi beb,
itukan tauladan yang baik, daripada tiru aksi yang pelik2 kat TV tu ? for what ?
poster kat dinding, penuh dengan gamba2 yang xperlu, kalau nak kata pemain bola sepak tu, start dari keeper sampai la ke pemain simpanan, penuh dinding ngan poster pemain bola sepak..
for what ? idola ?
oo pliz beb, kita da ada idola kita sndiri la..
kita xde gamba Rasulullah kan ? jd memang la xleh nak gantung gamba baginda, tapi atleast, tampal la samthing yg bole membawa kita ingat kepada Allah dan Islam..

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik“

tapi jangan la sunnah nabi yang kita rasa sesuai je kita amek, yg x sesuai kita tinggal, contohnya poligami..
xpe kawen 4 ni, sunnah..
bro.. memang poligami tu sunnah, tapi kalau subuh pun subuh gajah jugak, xpayah lah.. lagi satu kalau nak berlaku adil pun payah, lupekan je la niat murni korang tu..
kawen ni bukan pkare main2..
ceeh, cakap cam aku da kawen jer..

dan bagus, memang sangat bagus bila kita mencontohi keperibadian akhlak baginda.
tapi jangan la mencampurkan yang halal dengan yang haram,..
contoh, gi semayang, zikir x tinggal, tapi skodeng awek, payah la gitu, so, tinggal la yg xpatut2 tu..
nak cintakan nabi, buat dengan betul2.. jangan main2,,

dan yang paling agung adalah mukjizat nabi, iaitu al-Quran..
al-Quran yng telah diamanahkan kpd manusia..
kita tengok knape manusia skrang banyak yg sesat, tu kerana mereka x ikut Al-Quran..
nabi tinggalkan dua perkara kepada manusia, iaitu Al-Quran dan as-sunnah, sesape yg ikut nescaya dia xkan sesat, tapi berapa ramai yg tinggalkan dua pkara tersebut ?
hmm...

hadirnya Rasulullah adalah sebagai pembawa rahmat kepada sekian alam, maka untuk mencintai Rasulullah tu adalah suatu kewajiban bagi kita umat Islam..

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

untuk sambutan maulidur Rasul pada hari ini, tempat aku blaja ni lah, ada la jugak wat perarakan keliling kawasan IPG.. meh tengok gamba bawah ni..



tu antara gamba time berarak la, pastu kami wat pulak solat sunat Dhuha, tp sbb aku pun ikut solat gak, jadi xde la gamba time bsolat..yg ada juz gamba ni je,


gamba Abdillah jadi baca doa, beliau yg mengimami solat tersebut.. gamba kabur lak, xdan la nak edit, hamtam saja lah,. janji ada bukti, karang korang kata aku bohong pulak..

selepas solat sunat Dhuha, ada pulak pengisian, tajuk dia, kalau x silap, Keperibadian Rasulullah kot ?




hahaha, tu la dia, pengisian yang disampaikan oleh para ustadz2 IPG ni.. haha..
belah petangnya pulak.. ada forum bertajuk, " sejauh manakah anda mengenali Rasulullah." forum ni tetap dijalankan dengan jayanya oleh pelajar dari kelas pENgajian Agama.. haha..




tapi sedih, dalam kegembiraan umat Islam menyambut Maulidur Rasul, masih lagi ada manusia yg seolah2 tidak mempedulikan hal ini,

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

sebuk dengan apa ?
valentine's day ?
esaimen ?
ISL ?
tido ??
derr,,
ada otak kenapa x guna.. ?
jangan memberi alasan untuk untuk itu..
serius ke korang akan rasa rugi untuk mencintai Rasulullah ?
jadi untuk yang xtahu kepada tahu,
tukarlah rasa cinta anda terhadap Rasulullah melebihi segala2nya..
biar orang pandang pelik dengan kita sbb kita nak berubah..
yang penting Allah tahu niat kita... betul x betul ?


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]


* mengikut sunnah Rasulullah memakai jubah dan serban